.NEWS SIBU – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sibu dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Taman Rajang tampil gemilang dengan menyapu gelar juara keseluruhan masing-masing di kategori sekolah menengah dan sekolah rendah pada Pertandingan Trafik Sarawak (STG) Edisi Sibu 2025.

Acara tahunan yang berlangsung selama dua hari mulai Sabtu lalu ini mempertemukan sembilan sekolah rendah dan lima sekolah menengah dari berbagai wilayah. STG bertujuan menanamkan kesedaran keselamatan jalan raya kepada pelajar sejak usia dini melalui pelbagai pertandingan edukatif.
Baca Juga : JCI Sibu, JCI Tu Cheng berjaya adakan Sesi Dialog dan Perkongsian Projek
Di kategori sekolah menengah. SMK Bandar Sibu berhasil merebut gelar johan selepas mengungguli SMK Methodist yang meraih tempat kedua, disusul SMK Tung Hua di posisi ketiga. SMK Chung Hua dan SMK Sungai Merah masing-masing berada di peringkat keempat dan kelima.
Untuk kategori sekolah rendah, dominasi SJKC Taman Rajang begitu nyata. Kedua-dua tim mereka, Team B dan Team A, sukses meraih tempat pertama dan kedua. SJKC Tung Hua menduduki tempat ketiga. Sementara SK Perbandaran Sibu No. 4 dan SK St. Mary berada di posisi keempat dan kelima.
Selain pertandingan utama, STG Edisi Sibu 2025 juga menganugerahkan sejumlah gelar khas. Di kategori sekolah menengah, Best Performance in Online Quiz dimenangi Esther Sim En Ci dari SMK Bandar Sibu. Best Pedestrian oleh Jayden Chua Jie Hong dari SMK Tung Hua, serta Best Cyclist dan Best Pedal Cart Car yang keduanya dimenangi oleh Andrian Thien Qi Wen dan Adriel Wagner Nyandang dari SMK Bandar Sibu.
Sementara di kategori sekolah rendah. Best Performance in Online Quiz diraih Izz Ayesha Sulaiman dari SJKC Taman Rajang (Team B), Best Pedestrian oleh Elfred Chua Jie Ming dari SJKC Tung Hua. Dan gelar Best Cyclist serta Best Pedal Cart Car yang dimenangi Katie Chia Ke Qing serta. Ting Kee Juong dari SJKC Taman Rajang (Team A).
Majlis penutupan yang berlangsung Ahad lalu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak. Dato Sri Lee Khim Shin, yang turut menyerahkan hadiah kepada para pemenang.
Kemenangan SMK Bandar Sibu dan SJKC Taman Rajang diharapkan dapat menjadi inspirasi bagi sekolah lain. Untuk lebih aktif dalam mempromosikan budaya keselamatan jalan raya melalui pendidikan dan kompetisi positif.










